Nama-nama Malaikat dan Tugasnya
RUKUN IMAN yang kedua ialah
percaya kepada malaikat. Setiap Muslim yang mengucap dua kalimah
syahadah wajib mempercayai adanya malaikat yang juga makhluk Allah SWT
yang diciptakan daripada cahaya.
Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa
tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan
Rasul.
Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah SWT yang tahu. Namun, berdasarkan
hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan makhluk
lain.
Ia berakal, boleh berkata-kata dan mampu bergerak ke satu jarak yang
jauh dalam masa singkat. Kewujudan malaikat semata-mata untuk taat dan
menjalankan titah perintah Allah SWT.
Malaikat tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.
Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah SWT saja yang tahu bilangan
sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10
malaikat dan tugasan mereka.
1. JIBRAIL: Tugasnya membawa wahyu
daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi, juga menguruskan bala seperti
gempa bumi, banjir, ribut dan lain-lain lagi.
2. MIKAIL : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.
3. ISRAFIL : Tugasnya untuk meniup
sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur. Sekali lagi
ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan
keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
4. IZRAIL : Tugasnya mengambil nyawa
iaitu mematikan apabila sampai ajal dan tugasnya mengambil nyawa tidak
akan cepat sesaat atau lewat walau sesaat.
5. MUNKAR : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
6. NAKIR : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
7. RAQIB: Tugasnya menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
8. ATID : Tugasnya menulis dosa orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
9. RIDHWAN : Penjaga syurga.
10. MALIK : Penjaga neraka. Firman
Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 66: “Malaikat itu tidak menderhaka
kepada Allah mengenai apa yang Dia perintah kepada mereka dan mereka
membuat apa jua perintah oleh-Nya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar